Terbaca topik diatas dalam majalah In Trend edisi Mac buat aku tersenyum sendiri mengenang kisah lalu. Mana tidaknya, kekasih siber yang dimaksudkan lebih kepada cinta dusta dari sejati. Mungkin zaman sekarang dengan adanya Facebook, Twitter, Blog semua benda yang kita tak mahu tahu pun boleh keluar dengan sendirinya. No more mystery. Tapi dulu, minta gambar pun bukan susah, jadi banyak benda masih disimpan di bawah bantal. Bila sudah begitu, macam- macam perangai yang keluar.
Sebenarnya hasrat dihati hanya untuk berkawan, tapi entah macam mana dari kawan bertukar lebih rapat. Al-maklumlah, bila hari-hari chatting, rasa dunia ini kita yang punya. Kalau boleh dengan kepala-kepala sekali masuk dalam screen komputer masa tu. Tapi bila kita lebih kenal personally, hmmm...ada yg hampeh jugaklah...
Walaupun begitu, aku rasa bukan semua lelaki begitu sebab ada juga yang bertemu cinta sejati. Dunia siber boleh dijadikan medium untuk mencari jodoh. Namun, kita hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan. Sentiasalah beringat dan berwaspada sebaiknya. Cinta yang suci datang dari hati, justeru walau dari mana dia datang, raikkanlah cinta itu seikhlasnya.....

No comments:
Post a Comment